Jumaat, 2 November 2012

Musim Hujan...

Musim hujan telah tiba
Berlegar-legar mengetuk jiwa
Sungguh aku ingin lihat pelangi
Dikala titisan menutup cahaya
Lebat menerpa di dada
Di sini jatuh dan akan pergi

Lumrah ada pergi dan datang
Ada kering ada basah
Ada patah ada tumbuh
Namun bukan alasan untuk tidak bangun

Dentuman-dentuman berbunyi
Langkah kian goyah dan beralih
Bangun, bangunkan aku semakin lelah
Jangan jadikan alasan untuk mengalah

Apabila titisan ini tidak jatuh dan pergi
Adakah akan dapat aku melihat pelangi?
Adakala rintik ini hampa berkecai tiada
Apabila terbuka lupa aku manusia

1 ulasan:

  1. اللهم صيبا نافعا

    Allahumma soyyiban nafi'a..

    BalasPadam