Jumaat, 9 November 2012

Keluarnya Semangat Yang Dibungkus...


Dan apabila esok hari
Tiada lagi ukiran indah
Menerjah menunjuk arah
Kelam bintang tidak berkelipan

Dan akan berombak gugusan
Madah terakhir menjadi kenangan
Tidak terpadam ingatan
Bernoktahkan segala kekusutan

Gugur nadi-nadi bergema
Berjuang menegakkan panji cinta
Biarpun ghaib hilang entah ke mana
Pasti semangatnya akan tiba
Melaungkan kembali dengan satu suara

Langkah yang tertimbus
Di gali dan di hembus
Bangkit bangun tidak putus
Walaupun di bungkus

Dan apabila tiba esok hari
Tiada suara, tiada tari
Ingatlah sebuah janji
Tidak akan pernah dimungkiri

0 ulasan:

Catat Ulasan