Khamis, 8 November 2012

Belayar Mencari Penawar 47 (Mencari Rangkap Terakhir)


Lama menyepi
Sunyi kaku terhenti
Akankah dapat aku berdiri
Tatkala ombak lautan datang menari

Tiada lagi rasa
Yang dahulunya menikam dada
Tiada lagi rasa
Yang dahulunya mengusik jiwa

Bahtera tersadai
Berlabuh dipasir pantai
Tragedi mengamit hati
Datang akhirnya pergi

Biar sekalipun ribut lebat melanda
Biar sekalipun kabus menutup pandang
Akan aku gagah merentas samudera
Agar rasa yang dahulunya bertandang

Dari jauh meneliti
Pusaran yang tidak terperi
Dengan azam dan janji
Tidak mungkin dimungkiri
Walau terpaksa bergadai
Jiwa dan hati

Kerana ukiran belum sempurna
Maka bawakan satu rangkap kata
Yang akan mematikan noktah ini.

1 ulasan: