Jumaat, 5 Oktober 2012

Namun Mahunya...

Ombak itu melakar kata
Tentang rasa cinta
Membuai hanyut bahtera
Di persada,
Tanpa sempadan bicara
Bercerita tentang aku kau dia

Semakin deras ombak gelora
Ke Kiri kanan bahtera
Mabuk pening kepala
Terhoyong hayang menari
Dipermukaan tanpa henti
Ditujah berkali-kali
Agar bersembunyi
Diam terkunci

Namun mahunya
Kencang berdiri beradu tenaga
Ombak besar dipesenda
Sedang masih dilautan samudera
Tidak sedar bahaya sentiasa menjelma
Kerana mahunya ada

Kerana mahunya ada
Kelihatanlah segalanya dusta
Ombak berkata tidak mungkin ada
Sedang kata bukan hanya dari suara
Lakaran indah di baca itu juga kata
Tidak perlu bersuara untuk berkata

Namun mahunya
Dipalingkan muka

0 ulasan:

Catat Ulasan