Isnin, 13 Ogos 2012

Lambang Cintaku Binasa...

Hujan merintik malam ini
Sejuk menyukarkan mata lena
Dan cuba pejam mengukir kata
Kelam bayangan ku kabur

Berbekas kesan luka tersiat
Memisahkan kulit semakin rapuh
Namun tak akan berputus asa
Biarpun jiwa sudah bergoncang

Masih dapat aku lihat
Kenangan jelas menghampiri masa
Bertahan dalam senyuman sinis
Menampar saki baki sisa nafasku
Cermin gelisah terpantul dibingkai kaca

Sudah tidak terkira
Madah pujangga di tabur
Tiada satupun perutusan berbalas
Namun semangat harapan kian utuh
Membina atap semakin bocor

Kini bagaikan terbuang
Menjalinkan kemesraan yang tiada
Meleraikan tali sudah tersimpul mati
Erat tidak akan terputus dan terpisah
Lambang cintaku kian musnah dan binasa

0 ulasan:

Catat Ulasan