Isnin, 11 Jun 2012

Tunggu...

Apa yang ditunggu
Di dalam ada rindu
Dakap dan senyum selalu

Beritakan pada aku
Jeritkan ditelingaku
Aku sentiasa menunggu

Terbangkan cinta diatas kepalaku
Agar ia sentiasa beratap rindu
Tidak resah, sabar dan menunggu

Apa yang aku tunggu
Berkumandang dipergigian pulau
Berkocak ombak mencari tuju
pulang pergi, pulang pergi sentiasa begitu
Tiada tempat tetap untuk aku

Andai ada tempat di sisimu
Pasti akan aku tenggelamkan bahtera,
berenang ke arahmu
Namun itu hanya sekadar lagu
Akal ku buntu
Jalan menerjah satu persatu

Aku hidu
Sedih, itu bukan untuk aku
Tetap untuk engkau
Yang ada pada aku
Hanyalah waktu
Sabar dan menunggu

0 ulasan:

Catat Ulasan