Jumaat, 8 Jun 2012

...

...

kau kata dia ada di sana
aku kejar namun tiada
kau kata dia ada di sini
aku gapai namun tiada
kau kata dia ada di depan mata
aku lihat namun tiada
kau kata dia berada di mana-mana
berpusing aku keliling namun tiada

berkali-kali aku tolak tepi
kata-kata menikam hati
beribu kali dilontar caci
diam, marah mujur sembunyi

sampai bila cerita drama
berlegar menjadikan dusta
berkata megah mendabik dada
akulah lihat dan berkata
dia ada, sedang kau tidak pernah jumpa

yakinkah sekadar kata
yakinkah akan segala
apabila ditimpa bala
marah mula menyala
lupa akan wujudnya dia

lihatlah alam indah bercahaya
wujud itu bermakna ada
lihatlah sekililingmu apa yang ada
jika itu turut binasa
gelap gelita menjadi noktah kata
hanya tinggal tawakal membuka doa
berserahlah jalan kepada Dia
kau akan bahagia

usah berkata kau sudah jumpa
sedang aku masih merangkak mencari cinta
mengapa tidak kau papah mengangkat aku ke sana
dan kau diam jadi tiada
akan nampaklah apa yang ada

...

0 ulasan:

Catat Ulasan