Selasa, 29 Mei 2012

Terlepas...

Kau pergi
Dan aku masih menanti
Sunyi sepi
Semangat hilang seri
Tidak kelihatan indah,
bagai semalam yang menari

Teriang namamu kedengaran dihati
Namun aku tetap begini
Terlepas keasyikan yang patut dikecapi
Terlepas peluang selama ini dirindui
Kerana aku begini
....
....

Selama ini aku masih menanti
Aku tetap menunggu disini
Tidak berganjak walaupun seinci
Kerana aku pasti
Kau akan ke mari
Semangat terus bersinar bagai mentari

Terlambat menyusun rangkap puisi
Terlepas keasyikan yang aku rindui
Penyesalan demi penyesalan direnung kini

Dan kini
Aku kejar semula segala terlepas pergi
Biarpun hanya membuahkan mimpi
Dan aku pasti
Semangat ini tidak akan musnah mati
Tak akan berhenti...

Biarpun itu hanya illusi
Realiti aku tetap begini
Terlepas, terlepas dan terlepas pergi

0 ulasan:

Catat Ulasan