Sabtu, 10 Mac 2012

Ambillah, keluarkan akan aku...

Dia selalu memikirkan
Tertumpu pada titik kekenyangan
Hingga menjadi hamba pada kerakusan
Tamak haloba mengaut harta kekayaan

Dia selalu memikirkan
Akan pada jalan-jalan kesenangan
Hingga dosa pahala di ketepikan
Neraka syurga tidak diendahkan

Dia selalu memikirkan
Meleburkan segala halangan
Mencantas setiap cabaran
Tidak akan tuntuk pada kebaikan

Dia selalu memikirkan
Kemusnahan kerosakan
Menjadi tiang untuk kehadapan
Tiada makna kata mutiara disinarkan

Kerana dia adalah aku
Pengaruh yang berat di bahu
Ambillah, keluarkan akan aku
Agar dia tidak mengikut arah langkah aku

0 ulasan:

Catat Ulasan