Rabu, 11 Januari 2012

Kau Aku Sama...

Kau aku bersama
Jangan bikin rindu merana
Dakaplah peluklah, katakan cinta
Di mana-mana terbayang wajah dia

Temani aku dalam jaga
Kucuplah aku dalam lena
Tanpa cinta aku sengsara
Mengejar bayang-bayang tiada

Jiwaku berombak gelora
Saban masa berdetap bara
Tanpa airmata tidaklah kenal bahagia
Tanpa engkau tidaklah aku kenal dia

Resah gelisah berdarah luka
Dihias bahasa mengukir kata
Kehadiran tanpa di paksa
Rindu cinta beroleh bahagia
Kerana kau aku sama

0 ulasan:

Catat Ulasan