Renungan

"Jangan diambil permata didepan matamu, barangkali permata itu sebenarnya bukan untukmu. Kerana permata itu hanya untuk mereka punya hati. Jika diambil, simpanlah dan serahkan pada yang memerlukan."

Selasa, 20 Disember 2011

Seksa Binasa Rindu...

Ingin di capai bayang
sayang semakin jauh
dan igauan ngeri
datang bertandang-tandang

Dan hati semakin rindu
harum rasa sayu
imbasan resah rupa
mempamirkan tiada

Bergugur dedaun
ingin di tahan
semakin tenggelam
menafsirkan episod cinta

Kiniku berjalan
di noktah-noktah
lakaran beku bisu
terdiamlah aku pilu

Seksa...
Binasa...
Membawa bahtera rindu

Dan cuba ku berlagu
dalam senda guraumu
sembunyikan sejuta
seksa binasa rindu

0 ulasan:

Catat Ulasan