Sabtu, 10 Disember 2011

Lagu...

siapa kata,
dengar lagu akan jadi lupa
setiap hari aku mendengarnya
biarpun tidak tersusun sekata

setiap kata punya cerita
biarpun satu ayat cuma

ada cerita tentang kesedihan melanda
ada cerita tentang kebahagiaan di depan mata
ada cerita perang-perang mencucuk dada
ada juga, pejam mata lena

biarpun apa katanya
tetap ada cerita
hendak atau tidak itu sahaja

0 ulasan:

Catat Ulasan