Sabtu, 3 Disember 2011

Hujan turun lagi...

Hujan turun lagi malam ini
Melenyapkan bintang semakinlah sunyi
Seperti pernah berlaku suatu tika dulu
Tika itu, lukisan kaku
Tiada ukiran tuju

Hujan turun lagi
Lenyaplah ukiran terpacak tinggi
Di hakis hakis semakin sepi
Rendahlah ia jika diri
Tinggilah ia merangkak pergi
Mengorek lakaran saki baki

Kini biarpun hujan
Rancak di perjalanan
Tetap di tamatkan
Kata penyudah zaman berzaman
Biarpun celaru akal fikiran
Bergolek-golek dalam pusingan bulatan
Katanya diam, berkatalah penuh kebahagiaan

0 ulasan:

Catat Ulasan