Ahad, 20 November 2011

Kerana Hilang Laela Syakura...

Ketika mata tidak lena
Hanya pandang pada
Malam gelap gelita
Menitislah hujan airmata

Kerana hilang Laela Syakura
Mengapa? Mengapa duka
Syukur hilang tiada
Bila di selubungi kecewa?

Rindu cinta di bina
Sia-sia belaka
Di gelap gelita
Merenung mengapa?
Mengapa Laela Syakura?
Dia kau lupa

Biarpun menerjah kata-kata
Ibarat lautan menyusur suka
Ketawa bahagia sedang derita
Tanpa sedar akan bencana
Kerana hilangnya Laela Syakura

Kau hilangkan Laela Syakura
Biarpun mata kau kelihatan itulah dia
Kata-kata ibarat sandiwara
Kau terperdaya permainan dunia
Tidak berguna segala yang ada
Andai cinta rindu turut binasa
Kerana hilang Laela Syakura

Kerana hanya...
Asyik di buai lena maya
Hingga lupa pada ada
Kembalikan Laela Syakura
Aku merayu berairmata

0 ulasan:

Catat Ulasan