Selasa, 22 November 2011

Gelisah Resah...

Hidup tidak selalunya indah
Bagai perlawanan
ada menang, ada kalah
Namun janganlah gelisah resah
Bersarang luka berdarah parah

Gusar malam menghampiri
Ombak menerpa menjadi saksi
Bulan bintang datang menerangi
Namun tidak dapat menutup kecewa ini
Sakit luka disakiti

Biar mengalir airmata
Biar keluar darah merah menyala
Tiada kata, tiadalah juga
Terkatup mulut diam seketika
Tiada tetaplah tiada
Ada pasti ada

Namun jalan-jalan ini
Penuh ketawa
Penuh kecewa
Penuh rindu cinta
Penuh dengan airmata

Melihatkan mana teroka
Andai di cari bahagia
Dapatlah bahagia
Datang duka, senyum sahaja
Usah gundah, dibiar menikam jiwa
Kata itu bahagia, senyum sahaja

0 ulasan:

Catat Ulasan