Rabu, 16 November 2011

Aku Bukanlah Siapa-Siapa, Bunga Cinta...

Sudah lama aku tunggu
Rinduku dibalas rindu
Nampak wajah
aku melonjak, lari menghampiri
hanya parah, singgah
Kecewa itu semua tiada
Nama, nama itu ada

Bunga Cinta,
Apa ada pada nama
Andai aku bukan siapa-siapa
Jodoh temu ajal bukanlah aku bawa
Hanya Dia mampu mengadakan semua

Bunga Cinta,
Apa ada pada bicara
Andai aku bukan siapa-siapa
Tiada cinta, tiada rindu hanya ada
Duka merana, kabarkan aku bahagia

Aku tunggu cinta, berkurun lama
Dekatkan aku pada jalan-jalan cahaya
Hampirkan aku rindu tidak binasa
Kerana kau bernama Bunga Cinta
Mekar di kelopak bunga
Dan aku bukanlah siapa-siapa
Hanya singgah menunjukkan rupa
Bila ada rupa maka aku binasa
Selimutkan aku bila sudah tiada

Aku tunggu Bunga Cinta
Kau aku tunggu
Kau aku rindu
Selimutkan bila sudah tiada
Ingin aku dakap selama
Nama yang ada
Namun, aku bukanlah siapa-siapa

0 ulasan:

Catat Ulasan