Khamis, 6 Oktober 2011

Noktah Kelam Tanpa Bayangan...

Noktah-noktah dipertemukan
Pada akhir pertemuan
Dan bermulalah sebuah perjalanan
Rangkap baru kehidupan

Di situlah bermula lembaran
Antara tersungkur mahupun bangun
Mencapai noktah-noktah persoalan
Yang keluar di tengah kesepian

Maka bertemulah akan jawaban
Pada titik-titik kesudahan
Dimalam penuh kegelapan
Diruang kelam tanpa bayangan

Di saat itu, dia kelihatan
Tidak berada dibelakang mahupun depan
Tidak juga, ke atas ke bawah ataupun kiri kanan
Dimana dia berada, disitulah dipertemukan

1 ulasan: