Isnin, 10 Oktober 2011

Destinasi Baru...

Ombak menerpa
Menampar bahtera, hampa

Sebentar tadi kelihatan tenang
Penuh bulan, berbintang
Tidak menampakan gelap datang
Mencurahkan cecair pekat, dan hilang terang
Biarpun malam itu, bulan mengambang

Terasa denyut semakin kaku
Tidak tahu, buntu
Ke mana arah-arah tuju
Ingin melepas satu bersatu
Mencurah laju, menyentap kalbu
Beku, akalku beku

Tiada... tiada destinasi tuju
Tiada... tiada itulah aku
Menerjah, acapkali singgah
Coretan kata madah pujangga parah
Mencengkam rindu, jangan musnah
Jangan, jangan biarkan musnah

Aku amati ombak gelora
Rupanya dia membawa terus kedasarnya
Melihatkan keindahan tiada di depan mata

0 ulasan:

Catat Ulasan