Khamis, 20 Oktober 2011

Berakhir Dalam Ketiadaan...

Jeritan, jeritan kedengaran
pasti memekakkan
Senjata, senjata mencuit kepala
seakan itu perkara biasa
Dunia berubah warna
Asalnya sama

Jika aku, malaikat mudah sahajaku beritahu
Jika aku, syaitan mudahku menghasut hati-hati batu
Namun aku manusia serba tidak tahu
Ada mata, ada suara, ada telinga, namun buntu
Aku tidak tahu, dunia berubah laku

Kenagan pahit, kenangan manis menerjah
mengundah-gundah parah
Aku buntu, kaku hala tujuku
di sana kematian, di sini kematian
aku dalam ketiadaan
Saat, saat penuh kesedihan

Jatuh membakar menyalakan kebakaran
merebak sengketa menagih kerosakan
Di mana hilang sifat kemanusiaan
aku bertanya dalam kepayahan
Mencuit-cuit setiap kenangan
Beginilah dunia ditamatkan
Aku berserta sekalian
berakhir dalam ketiadaan

0 ulasan:

Catat Ulasan