Khamis, 27 Oktober 2011

Belayar Mencari Penawar 41...

Kelihatan ombak menderu memanggil aku
Diperhentian ini menjunamkan sejuta rasa
Aku, aku melihat berjuta-juta bayang
Beribu-ribu ada di dalamnya
Satupun tidak aku kenali

Semakin hampir ombak menerpa
Semakin aku tidak tahu arah tuju
Di kanan kiri berombak-ombak batu
Kaku, buntu terus menjunam laju
Menghimpit gelisah, resah di jiwaku

Tiada kata-kata menjadi pembuka
Segalanya berisi soalan-soalan, seksa
Penawar hanya satu di genggam
Manakan ku jawap lontaran beribu
Kaku, buntu terus menjunam laju
Dan aku terus menunggu
Ombak menampar laju

0 ulasan:

Catat Ulasan