Rabu, 24 Ogos 2011

Mencari Asal Titik Hujan...

Berjalan di lautan rindu
Menyapalah ombak gelora
Bertanya tanya berkata-kata
Adakah kau aku sama?

Dimanakah mula titik asal
Rintikan mencengkam sunyi
Cari-cari masihkah sembunyi?

Setiap ada tersendiri
Penuh berita peribadi
Tak perlu di soal lagi
Jawapan telah terbuka

Bertanya tanya berkata-kata
Adakah kau aku sama?
Lihat di dunia nyata
Apa ada dalam tiada?

0 ulasan:

Catat Ulasan