Khamis, 21 Julai 2011

bintang dilangit kelam

digapai-gapai langit tinggi
walhal tahu
tidak mungkin dapat digenggam
bintang dilangit kelam

namun kerana bongkak, riak
dikatakannya sampai
padahal masih berdiri disini
buntu, kaku, mana destinasi tuju

kata-kata sentiasa indah
adakalanya menjadikan ketawa
adakanya menjadikan arimata
resah, gelisah, parah
itukan rasa bernama manusia

namun itu semua akan tiada
bila... tiba masa...
maka, duduklah tafakur
itukan lebih balik
dari berkata-kata
bagai raja memerentah dunia

0 ulasan:

Catat Ulasan