Khamis, 2 Jun 2011

Usah Katakan Sengsara 2...

sudah suratan cinta

berbunga bahagia

adakalanya berbuah duka

namun jangan resah sahaja


padamkan lampu tutupkan mata

lihat segalanya indah belaka

disana ada cahaya

disini ada purnama

pasti itu juga mengeluarkan sinarnya


renung langit kelam gelita

tanpa cahaya

tidak dilihat apa-apa

andai dilihat pasti ada

cahaya datang dari terbuka


katakan indah indah belaka

jangan kata-katakan sengsara

pasti cinta berbunga bahagia

dari asalnya bernama tiada


0 ulasan:

Catat Ulasan