Jumaat, 24 Jun 2011

andai aku percaya...

mungkin aku lemah
ketika menyusun bicara
namun lemah itu
membuatkan aku percaya
bahawa adanya bahagia

mungkin aku bodoh
ketika menyusun bicara
namun bodoh itu
membuatkan aku percaya
bahawa adanya bahagia

dimana sekalipun aku melangkah
dimana sekalipun aku berpijak
aku cuba katakan itu bahagia
tidak mungkin ada merana
andai tertera dibingkai kaca
kau itu aku

namun lemahnya aku
namun bodohnya aku
hanya kerana satu
ketidaktahuan yang bermain disampingku
bukan kerana dibingkai kaca itu
tidak memantulkan cahaya
sebaliknya kerana jalan masa
menentukan ke sini atau ke sana
namun pasti berakhirnya bahagia
andai itu yang aku percaya

0 ulasan:

Catat Ulasan