Isnin, 23 Mei 2011

Rantai Rindu 4... (Kembara Sengsara)

jauh ku teroka meredah hutan belantara
mencari dirimu hilang entah dimana
sayup terluka terbelah jiwa raga
mengapai bintang berwarna kejora

berlagulah lagu rinduku padamu
jatuh hampa berairmata kecewa
kau calarkan hatiku dalam gelita
pecah berderai cinta yang dibina

harus dimana lagi ku bawa rindu
berkurun lama menunggu

patah hatiku terbelah merana
melihat kau taburkan kaca
ditangkai bunga berwarna jingga
terperdaya aku dimalam gelita

harus dimana lagi ku bawa rindu
berkurun lama dirantai... rindu

0 ulasan:

Catat Ulasan