Isnin, 16 Mei 2011

Pertembungan Laksamana Dengan Pujangga... (cerita keris laksamana 16)

setelah purnama hilang di malam gelita
bertembunglah Bahtera Gelandangan Tidak Bermata
dengan Bahtera Saske Busqueda
dilautan dipanggail Laut Yatxatawi Perola
kata laksamana...

"Indah bahtera dihias mutiara
Melihat pada gaya pujangga
Bukan calang gerangan nama
Mengapa meredah Laut Perola"
senyum sinis kelihatan laksamana...

pujangga diam tidak berkata
hanya melihat pada Keris Darah Dahaga
mengertilah pujangga itu laksamana
gelaran diberi setelah beribu ditunduknya

"Diam cuma tidak berkata
Bicaralah sekali jangan dua
Andai dua menjadi merana
Sedang dua itu sama
Berselang seli berkata sahaja"
laksamana berkata setelah lama diam pujangga...

diam pujangga bukan lama
setelah balutan kain emas dibuka
keluarlah keris dipanggil Keris Niermata
berbicaralah keris dalam gelanggang dibina

"Diam pujangga rupanya ada
Tersimpan kemas dalam sarungnya
Berkata-kata guna keris semata
Indah gaya lengok tarinya
Laksamana rupanya bukan pujangga"
laksamana berkata sambil bergelak tawa...

keris bertemu keris berkata
mengeluarkan bahang membara
lawan bukan kerana nama
hanya kerana tanda cinta

"Berkata-kata madah pujangga
Ingat laksamana rupanya hanya pujangga
Keris ditangan tiadalah apa
Membara hanya pada kata rupanya"
pujangga mula bersuara...

"Aku tetaplah laksamana"
Laksamana berbicara...

"Aku pun sama tetap pujangga"
Pujangga berbalas bicara...

0 ulasan:

Catat Ulasan