Khamis, 19 Mei 2011

Melangkah Pulang... (cerita keris laksamana 26)

berangkat sudah pujangga laksamana
menaiki Bahtera Liefde Maitasuna
meninggalkan gelanggang penuh darah merata
tinggallah jasad ayahanda tercinta
tidak dibawa ketanah asalnya
biar lenyap bersemadi selama disana
kata laksamana...

"Sedarlah hamba siapa geranganya
Sedih tidak usah dikata
Lihat wajah sudah tahu isinya
Mengapa sudah tiada baru terjaga
Jika masa dahulu ada
Tidak perlu meredah gelora"


pujangga melihat senyum cuma
bersyukur laksamana menunduk rupa
setelah sekian lama dibiarkan sahaja
akhirnya pulang juga ke asalnya
kata pujangga...

"Laksamana jadilah laksamana
Pujangga jadilah pujangga
Jangan dicari susah merana
Andai timbul bahagia
Jadilah apa disuka
Itu mahunya
Maka jadilah dia"


merenung jauh laksamana memerhati gelora
bertanya tanyakan dimanakah hilangnya
Gagak Satu Mata membelah ayahanda
ingin dibalas segala dendam bersarang didada
namun pujangga dapat membaca...

"Usah dicari pada tiada
Susah untuk difikirkan dimana
Andai ada balas kerisnya
Bukan dendam perlu dibaca
Ingat pesan mentera laksamana
Faham akan bacanya
Bukan berkata-kata
Namun tiada apa isinya"


angkuklah laksamana
faham akan makna

"Maafkan hamba
Terlalu megah mendabik dada
Terasa hiba penuh sedihnya
Ayahanda pergi selama"

"Perginya laksamana
Itu pintanya
Andai sudah tahu bahana didepan mata
Masih juga ingin meneruskannya
Itukan tanda ingin mati selama"


"Adakah takut mati pujangga
Hingga tidak memegang keris walau ada
Tersisip kemas dalam kain emasnya
Dibawa namun tidak dicuba
Takut pada mati agaknya"


senyum pujangga mendengar berita
apakah gerangan memaksanya berkata

"Andai takut mati cuma
Tidaklah berlayar meredah gelora
Mati juga walau apapun cara
Asal tujuan kembali sama
Sedang asalnya tiada
Untuk apa dikata ada"

0 ulasan:

Catat Ulasan