Isnin, 9 Mei 2011

Laksamana Melangkah Pulang... (cerita keris laksamana 9)

tujuh bulan purnama lamanya
diam laksamana tidak berbicara
bertapa di makam bahagia
dipanggil Makam Berantai Tiga
berkatalah laksamana...

"Malam kelam keluar semula
Berganti-ganti cerah warna
Kadang terang kadang gelita
Tidak berganjak tempat sama
Putaran berubah nama sama
Dimana pun tempat berada
Tunjukkan jalan bahagia"

laksamana mencapai keris darah dahaga
melangkah pergi meninggalkan makam bahagia
pulanglah semula ke asalnya

0 ulasan:

Catat Ulasan