Isnin, 7 Februari 2011

Belayar Mencari Penawar 30... (Awan Hitam)

Entah mengapa
Jantungku berdetap laju
Pantas semakin panas
Bagai ombak, mendidih
Menjadi lautan api

Sukarnya kali ini
Untuk mengukir madah pujangga
Berselirat, berserabut, terbelit-belit
Hingga roboh akal fikiran
Dinyah! ombak lautan

Andai dapatku dakap kembali
Kenangan cinta rindu dahulu
Tidak akan ku biarkan, walaupun sekali
Kepulan awan hitam, menyelubungi
Pelayaran ini...

0 ulasan:

Catat Ulasan