Selasa, 24 Ogos 2010

Bawalah Aku, Jauh-Jauh....

Tak perlu...
Kau papah tanganku...
Bukan bererti...
Aku bisa berdiri...
Cuma...
Hilang rindu...
Bagai bunga yang layu...

Tak perlu...
Kau bermadah pujangga...
Setitik pun tidak jatuh...
Menghempas lautan...
Cuma...
Menimbulkan rangka...
Kapal yang karam...

Usah...
Kau menarik tanganku...
Kau aku punya rahsia...
Mungkin beza...
Dasarnya sama...

Telah tawar lautan yang masin...
Aku rasakan...
Jika kau benar...
Bawalah jasadku...
Jauh, jauh dari penglihatanku...

4 ulasan:

  1. Kemana pun ku bawa jasad itu
    rohnya tetap menuju ke asalnya jua
    tetap menjelajah padang perhitungan
    untuk pulang ketempat yang sudah ditentukan
    maka benarlah kata kata dari pegangan iman itu
    engkaulah penentu arah yang akan dituju
    berdasar kepada tulus hati dalam pengabdian mu
    begitulah siapa pun termasuk jua aku
    makanya mana mungkin aku membawa
    siapa pun kemana pun.
    wallahuakllam.

    BalasPadam
  2. CLJ...

    mudah-mudahan perginya ke tempat yang benar...

    BalasPadam
  3. Rupanya
    ada sebuah alam
    bergelar alam karyawan
    ingin aku mencari dan mengenalinya
    kini sekadar merasai hadhir kesitu
    namun masih tidak ku kenal ia
    rupa dan sifatnya
    cuma dapat ku teka agak
    tidak tergambar pada kanta tampak
    tidak mampu dilukis pada rentang kanvas
    namun tetap ingin mencari dan mengenali
    kerana teringat akan pesan aulia
    kenali diri baru akan kenali Allah
    maka mencarilah aku dimana alam
    yang mensemadikan diri ini
    bagaimana sebenar rupanya
    bagaimana sebenar bentuknya
    bagaimana sebenar sifatnya
    bagaimana sebenar feelnya
    dan betapa pula zatnya.

    Demikian barangkali kembara ini
    mengalami dan mengharungi
    payah digelap pekat
    namun tetap kena dilajakkan jua
    kerana dihujung sana ada manis yang nikmat
    tidak tersifat tidak terungkap

    semuga sirat rahsianya
    tidaklah serumit siratatan jala pukat
    akan tetap membawa kita
    ketakhta barakah yang hak
    dengan hidayahnya jua
    inshaallah.

    BalasPadam
  4. Kadang-kadang...
    Rahsia itu...
    Telah terbuka...
    Telah diberitakan...
    Hanya lupa...
    Hilanglah jua...

    Moga tepat ke singgahsana...
    Membawa berita gembira...
    Pukat yang dilontarkan...
    Sudah mengena...
    Habuannya...
    Bukan hanya melontarkan...
    Tanpa lekat...

    Padatnya isi...
    Boleh diagih untuk semua...
    Sama merasa...
    Sama bersuka ria...

    BalasPadam