Selasa, 6 Oktober 2009

Kertas Pena Menulis Cerita Dia...

Kertas dan pena...
Saling bercinta...
Apabila bertemu menuliskan kata...
Kata cinta aku kau Dia...
Kerana penulisan cinta disatukan...

Walaupun kertas dan pena berbeza...
Mereka perlu disatukan...
Agar penulisan berterusan...
Memekarkan cinta yang kian suram...
Kerana penulisan itu berpunca dari hati...
Hati yang cinta kepada Illahi...

Bertemunya kertas dan pena hanya kerana Dia...
Bukan kerana diri yang akan mati...
Penulisan itu akan kekal...
Mewarnani zaman yang mendatang...
Walaupun tiada yang ingin menulis cerita Dia...

0 ulasan:

Catat Ulasan