Selasa, 4 Ogos 2009

Soalan Dari Isteri

Isteri…
Kau bertanya pada ku…
Adakah aku mencintaimu…
Aku terdiam dengan soalanmu…

Isteri…
Kau bertanya pada ku…
Adakah aku merinduimu…
Aku terdiam dengan soalanmu …

Isteri…
Kau bertanya pada ku…
Adakah aku menyayangimu…
Aku terdiam dengan soalanmu…

Isteri…
Kau marah pada ku…
Apabila soalanmu tidak terjawap…
Membuatkan senyumanku terukir…
Menandakan cemburu melanda dibenakmu…

Isteri…
Tidakkah kau tahu…
Aku juga menanyakan soalan itu…
Adakah Dia menyintaiku…
Adakah Dia merinduiku...
Adakah Dia menyayangiku…
Dengan soalanmu itu…
Membuatkan aku mengerti akan sesuatu…
Tanda cemburu…
Apabila Dia tidak menjawab pertanyaan ku…

Isteri…
Kau memeluk ku…
Apabila kau mengetahui…
Setia aku hanya pada yang satu…
Perlukah aku menjawap soalan itu…
Apabila kau ragu akan aku…

2 ulasan:

  1. Benarlah dhamah. Isteriku serupa. Dia bertanya, meski diamku itulah jawapnya.

    BalasPadam
  2. diam itu tafakur...
    menanti bibit-bibit jawapan...
    antara ragu atau percaya...
    setelah Dia berkata...
    adakah akan ada yang percaya...
    setelah diberi utusan...
    untuk menerangkan...

    wanita kuat cemburunya...
    walaupun teguh ikatan agama...
    kerana ketidak percayaannya...
    pada lelaki yang bergelar manusia...
    kerana apa...
    kerana manusia sentiasa alpa...

    BalasPadam