Khamis, 6 Ogos 2009

DOA ITU SENJATA

Doa merupakan pertolongan dan bantuan Allah kepada manusia untuk terus berjalan dimuka bumi ini… doa adalah ucapan dan perkataan yang bertujuan untuk meminta dipermudahkan urusan didunia malah ia juga mampu membantu menambahkan amalan untuk menuju di akhirat... Riwayat Arba’ah...“Rasulullah bersabda...Seseorang di antara kamu pasti diperkenankan (doanya) selagi dia tidak terburu-buru dengan mengatakan... “aku telah berdoa tetapi belum juga dimakbulkan...” ini membuktikan segala apa yang di doakan mahupun baik atau buruk tetap jua diperkenankan Allah tetapi perlulah bersabar dan bertawakal dengan sebenar-benarnya... haruskah meminta kepada Allah sesuatu yang membuatkanNya makin murka... sepatutnya berdoalah yang sebaik mungkin agar perjalanan sentiasa lurus malah dapat membantu untuk kekal di syurga yang diidamkan... kerana doa merupakan senjata yang terpenting dalam ajaran Allah… manusia selalu melupakan untuk berdoa kepada Allah malah selalu meminta pertolongan kepada makhluk lain antara sedar ataupun tidak… bukan kepada yang maha kekal, malah sentiasa menunggu untuk membantu sesiapa sahaja yang ditimpa kesusahan itulah Allah yang maha pemurah lagi maha bijaksana dalam segala-gala hal… inilah puncanya doa tidak dimakbulkan kerana terlebih dahulu meminta kepada yang selain dari Allah... sedangkan semuanya terjadi atau tercipta kerana Allah... oleh itu berbanyakkanlah berdoa agar perjalanan sentiasa diredaainya malah dapat membantu untuk terus berjuang menjulang namaNya... kerana itulah Allah menyuruh umatNya untuk berdoa dan bertawakal dengan sebaik yang mungkin... bukan menggunakan doa untuk tujuan menghancurkan insan lain yang ingin mencari ketenangan tetapi membantu mereka untuk terus mendapatkan rahmat dan hidayah dari Allah... supaya mereka menjadi hamba yang bersyukur akan nikmat Allah... Rasulullah bersabda... “berdoalah kamu seperti mana kamu melihat aku berdoa...”

“Dan katakanlah (wahai Muhammad), berdoalah kepada Ku… nescaya Ku makbulkan permintaanmu… sesungguhnya mereka yang takbur dan bongkak beribadat kepada Ku akan Ku campakkan ke dalam neraka jahanam yang amat perit azabnya…”
Surah Al-Ghafir ayat 60…

Rasulullah sentiasa mengingatkan umatnya supaya menggunakan senjata iaitu doa untuk bertawakal dan berserah kepada Allah… doa bukanlah konsep untuk mengadu kepada Allah semata-mata tetapi adalah dikira sebagai ibadat yang paling mulia dan utama… ini kerana ia bertujuan untuk menunjukkan kepada Allah yang diri ini diletakkan sebagai hamba Allah yang menyedari sentiasa melakukan kesilapan dan lemah dalam segala-gala hal… dengan adanya doa dapat menyucikan hati dan akal fikiran untuk terus menunjukkan ketaatan dan ketakwaan kepadaNya... pernah seseorang lelaki muda datang kepada Rasulullah mengatakan mengapa doanya tidak diterima Allah sedangkan dia sentiasa berdoa untuk dipermudahkan rezeki dan puas dia berdoa tetapi tetap tidak diterima... Rasulullah bersabda... "Kamu berdoa kepada Allah dan kamu meminta Allah mengabulkan doa kamu... pada hal makanan kamu diperoleh dengan cara haram, pakaian kamu haram dan tempat tinggal kamu haram... Bagaimana Allah akan mengabulkan doa kamu?...” oleh itu bersihkanlah segala-galanya untuk memudahkan permintaan yang dihajati itu termakbul... Allah maha penyayang dan pengasih tetap akan diberikannya walaupun insan yang meminta itu melakukan setitik kebaikkan dan ketaatan kepadaNya...

“Berdoalah kepada Allah dengan merendahkan diri dan (dengan suara yang) perlahan-lahan… sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas… dan janganlah kamu berbuat kerosakkan dibumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikkan padanya… dan berdoalah kepadaNya dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya dimakbulkan)… sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang yang memperbaiki amalannya…”
Surah Al-Araf ayat 55-56…

berdoa kepada Allah dengan tekun dan khusuk supaya apa yang dihajati termakbul dan membuahkan hasil… bukanlah dengan nada yang tinggi sebaliknya cukuplah sekadar Allah sahaja yang mendengar apa yang dihajati dan yang diminta… sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang terjadi kepada hambaNya… dengan itu perbanyakkanlah berdoa kepada Allah untuk membuktikan kepadaNya bahawa diri ini memerlukan pertolongan dari diriNya sahaja... tiada lain selain diriNya... Babakemudi berkata... “sesungguhnya Allah hendak melihat kau akan meminta pertolongan kepadaNya…” sudah semestinya yang berdoa terus kepada Allah adalah yang sentiasa mengingatiNya… Allah mengasihi hambaNya tanpa mengwujudkan sebarang halangan dan perantaraan.... diwajibkan pula untuk berdoa secara langsung denganNya tanpa ada sebarang perantaraan yang membolehkan doa itu tidak tercapai... tetapi mengapa tetap meminta kepada makhlukNya... soalan inilah yang seharusnya dipertengahkan... Syirik apabila seseorang itu berdoa kepada yang lain selain Allah... kerana yang memberi tetap jua Allah, tiada pula yang lain mampu memberi... walaupun meminta kepada insan yang bertaraf Wali Allah sekalipun... apabila perkataan wajib diutarakan bermakna hanya untuk Dia sahaja perlunya berdoa meminta pertolongan... sedangkan Nabi, Rasul, Wali sendiri berdoa meminta kepada Allah... Mursid berpesan kepada muridnya... “berdoalah kepada yang mempunyai Hak... tiada apa yang aku ada... sesungguhnya aku jua memohon kepadaNya... mengapa pula engkau meminta kepada aku...” kata-katanya memberikan jawapan yang mendalam betapa pentingnya meminta kepada Allah bukan kepada yang lain selain diriNya... Allah berfirman didalam Surah Al-Ahqaf ayat 5 dan 6.... “dan tiada yang lebih sesat dari orang yang menyeru selain Allah... yang tidak dapat menyahut seruannya sehinggalah ke hari kiamat... sedang mereka tidak dapat menyedari permohonan tersebut... Dan apabila manusia dihimpunkan (dihari kiamat)... segala yang disembah itu menjadi musuh mereka...” oleh itu janganlah meminta kepada yang selain dari Allah... sesungguhnya yang berdoa kepada Allah itu adalah yang berpegang pada ajaran Allah... menjadikan diri takwa lalu Makrifat kepadaNya…

“Ingatlah kamu semua kepada Ku, Pasti Aku akan ingat kepadamu dan bersyukurlah kepada Ku dan jangan pula berbuat kekufuran (menutupi kenikmatan yang telah diberikan)…”
Surah Al-Baqarah Ayat 152

Seperti kejadian yang telah menimpa Nabi Ibrahim dimasa di bakar hidup-hidup… Malaikat Jibril datang menyapa Ibrahim…

“Adakah engkau memerlukan sesuatu…”

Jawab Ibrahim..
“Tidak! Aku tidak memerlukan pertolongan darimu…”

Maka Jibril berkata…
“Mintalah pertolongan kepada Allah…”
Ibrahim menerangkan kepada Jibril…
“aku tidak perlu memohon kepadaNya, kerana Dia maha mengetahui keadaan ku…”
Lalu Jibril bertegas…
“Adakah Allah akan membantu orang-orang yang sombong…”

Ibrahim berkata…
“Cukuplah Allah mengetahui apa yang berada didalam hati ku…”

Lalu Jibril pergi menghadap Allah…
“Ya Allah, sesungguhnya NabiMu tidak pernah lupa berdoa kepadaMu…”


Ahli Sufi sentiasa mengatakan bahawa mereka berdoa bukanlah kerana takut kepada sesuatu atau mengharapkan SyurgaNya… tetapi berdoa semata-mata untuk menambahkan lagi kecintaan kepada Allah dan untuk membuktikan bahawa mereka sentiasa mengharapkan cinta Allah… lalu Allah mengambil menjadi kekasihNya… Ahli Sufi tidak memandang kepada Syurga semata-mata untuk ketenangan disana… tetapi mengharapkan Allah menerimanya untuk kembali kepadaNya… Janganlah berdoa dengan tidak memahami dan tidak mengetahui apa yang didoakan… bermacam-macam doa dan kalimah didalam Al-Quran yang telah disediakan… cukuplah hanya satu doa yang sentiasa diamalkan… jika banyak kalimah-kalimah doa… tidak berguna jika tidak mengamalkannya… ambil satu kalimah doa dan memahami dan manghayati maksudnya dengan mendalam dan penuh pengertian lalu mengamalkannya… Allah telah mengurniakan manusia akal untuk digunakan… berdoalah dengan tertib dan teratur… cukuplah seratus kali sehari berdoa… satu pasti akan Allah menerimanya… sudah memadai untuk hamba yang dijadikan… Adakah seseorang itu akan melakukan dosa sebanyak seratus kali sehari… dengan adanya doa dan ditambah dengan amal-amal yang bersih dan suci… dosa-dosa itu akan terhakis sedikit demi sedikit lalu yang hitam menjadi putih kembali… dari Hadis Riwayat Atthabarani dan Abu Ya'ala….. Allah berfirman…"Sesungguhnya seorang hamba yang Aku beri sihat badannya… Dan luas rezekinya kemudian hingga empat tahun tidak datang berkunjung kepadaKU, sesungguhnya orang itu sangat rugi…” kerana itulah islam membawa kesucian dan kebersihan supaya manusia bersih dari dosa yang telah dilakukan dalam sengaja ataupun tidak… bersyukurlah dijadikan didalam ajaran Allah yang mulia…

“Maka Maha Tinggi Allah, raja yang sebenarnya… janganlah engkau bersegera (membaca) Al-Quran, sebelum habis wahyuNya (ilmuNya) kepadamu… katakanlah : Ya Tuhanku! Tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan…”
Surah Taahaa ayat 114…

Contoh doa yang telah digunakan oleh Nabi, Rasul dan Wali Allah…

“Hasbunallahu wani’mal-wakil…”
“Cukuplah Allah bagiku sebaik-baik penolong…”

“Ma syaa’allahu la quwwata illa billah…”
“Apa yang Allah kehendaki, tidak ada kekuatan selain dengan Allah…”

“A’udzu bikalimatillahit-tammati min syarri ma khalaq…”
“aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala kejahatan yang diciptakanNya…”


“La illaha illallahu rabbus samawati warabbul-ardh, wa rabbul arsyil karim…”
“Tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, pemilik langit dan bumi, serta pemilik singgahsana yang mulia…”

“La illaha illa anta subbahanakainni kuntu minaz zolimin…”
“Tidak ada Tuhan selain Engkau sesungguhnya aku termasuk manusia yang menzalimi diri sendiri…”

Jika menyelidik atau mengkaji kalimah-kalimah Allah yang berada didalam Al-Quran ternyata berisi soal jawab… seperti ada sesuatu yang hendak disampaikan dan diterangkan… kerana itulah RasulNya menerapkan supaya berdoa kepada Allah… kerana Allah sahaja yang mampu dan dapat memakbulkan segala permintaan… baik permintaan itu baik jugalah yang akan diterima… tetapi jika sebaliknya rugilah dan pastilah hanya menambahkan lagi kegelapan didalam hati… walaupun telah disuluh dengan cahaya tetap nampak seperti bayang-bayang… kelam-kelam sahaja cahayanya kerana tidak memahami apa yang disampaikan tetapi menggagak dan berpura-pura memahami apa yang disampaikan… sedangkan tidak mengetahui adakah lorong itu benar ataupun tersasar… manalah tahu apa yang difikirkan benar itu adalah salah disisi Allah… jadi carilah seseorang yang berilmu tinggi dan dipercayai lalu mengambilnya menjadi guru… dan sudah semestinya seseorang itu taat kepada perintah Allah dari setiap segi… bukan berpura-pura taat dengan melakukan suruhan Allah tetapi tetap melakukan kezaliman… nescaya rugilah jika itu adalah guru… bukan perbuatan itu menunjukkan kebenaran tetapi kesucian hati menunjukkan kebenaran…

“dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahulah kepada mereka) : sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka) Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa (memanggil) apabila ia berdoa kepadaKu… maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu) dan hendaklah mereka beriman kepada Ku supaya mereka menjadi baik serta betul…”
Surah Al-Baqarah ayat 186…

Jangan menggunakan “senjata” untuk menunjuk…
Sebaliknya menggunakan “senjata” untuk memujuk…

0 ulasan:

Catat Ulasan