Sabtu, 1 Ogos 2009

Bulan cerah bertukar merah…


Bulan cerah bertukar merah…
Menghanggatkan malam sepi mencengkam…
Membuat perindu asik terbayang…
Bila terjadinya kalimah setiaMu…
Untuk para perindu melaungkan…
Hanya Kau dalam hati…

Bulan cerah bertukar merah…
Panasnya tidak membakar api…
sejuknya tidak membeku air…
Bila terjadinya hari diidamkan…
Untuk para perindu meneruskan…
Hanya Kau mampu memberi….

Bulan cerah bertukar merah…
Terlintas terbayang setiap segi…
Memanah tepat menguatkan pegangan…
Bila munculnya para perindu…
Untuk berjihad menentukan tempat…
Hanya Kau tempat bersemadi….

Memejam mata tafakur sejenak…
Menggenagkan hari bakal menjelang…
Adakah ini warkah terakhir…
Apabila bersemadi didepan mataMu…
Atau bermimpi dimalam hari…
Apabila mata kerinduan melihatMu…

melihat bulan berwarna merah
1 Ogos 2009 2.36am…

0 ulasan:

Catat Ulasan