Jumaat, 17 Julai 2009

Takbir dari wajah...

kelabu malam terbias cahaya…
menampakkan kesan tercalar dimuka…
robek digiris kerana sengketa…
baru ku megerti apa itu luka…

meredah hutan menyelak lalang…
menebas halangan mencari permata…
terlibas wajah terus menghilang…
cinta malam pada siang…
sering mengejar mencari setia…

adakah aku sama seperti mereka…
melakukan juga segala nista…
aku pasrah menerima neraka…
andai itu pilihan kekasih yang ku cinta…

kitab terang terbuka ruang…
menyelam dalam kedasar lautan…
menyelak kalimah untuk bahagia…
menggapai awan mencari setia…
namun tiada juga ruang bersemuka…

andai aku alpa menahan mati…
tutupkanlah pintu untuk ke syurga…
kerana perindu tidak akan lupa…
pada kekasih yang dicinta…
malah terasa ingin bersemuka…
lantas dikafankan dirinya…
Allah berfirman pula…
“bukakanlah takbir dari wajahnya…”

0 ulasan:

Catat Ulasan