Rabu, 22 Julai 2009

Aku Lupa…

Makin berputar masa… Makin aku lupa... Sedangkan telah hadir pengingatan untuk kembali kepadaNya... Aku makin lupa… Siapa aku disisiNya... Dunia yang indah membuatkan aku makin jauh dari tempatNya... Mengapa ini terjadi setelah perginya perjuang-pejuang keadilanNya... Telah silih berganti pejuangNya namun tetap aku lupa...

Hebatnya dunia sehingga manusia yang diberi akal fikiran tersasar meninggalkanNya... Apabila datangnya kesukaran dan dugaan Barulah sujud derdoa...Jika tidak dimakbulkan dimarahinya pula Pencipta...Manusia itulah manusia....

Makin cantik dunia… Makin aku tidak sedar akan hilangnya permata...Telah diterangkan dengan nyata...Kiamat akan hadir sejarak sejengkal jari jauhnya...Salah siapa jika aku lupa...Salahkah ibu melahirkan, aku lupa... Salahkah ayah mendidik, aku lupa...Salahkah mereka tidak mengingatkan, aku lupa...Salahkah pencipta menghadirkan, aku lupa...Mengapa aku lupa… Salah siapa...

Hanya sedikit kesilapan aku tersasar jua... Kerana nila setitik rosak susu sebelanga… Kerana lupa diamlah aku di dalam neraka.... Apa yang ada dalam syurga...Apa yang ada dalam neraka...S emua mengetahuinya... Tapi mengapa tetap aku lupa...

Pejam celik, pejam celik, umur makin meningkat jua… Manusia melihat aku makin tinggi darjatnya... Tapi hakikatnya apa yang aku ada untuk membawa ke sana... Mengejarkan sesuatu yang tidak pasti akhirnya... Itulah namanya manusia..

Apabila sakaratulmaut hadir mencabut nyawa...Ketakutan mengigil mencari penawar doa... Adakah sempat untuk meminta... Terbukakah lagi pintu taubat disana.... Sudah diberi waktu dan masa... Terima sahaja apa yang aku bawa... Jangan menyesal kerana aku lupa...

Jika dinasihatkan dihina pula.... Lumrah dunia terima sahaja... Tidak hina jika menyebarkan kebenaranNya... Tidak miskin jika benar megikut petunjukNya... Jangan takut jika beriman kepadaNya...

Kata-kata Nabi Isa... "Sial kau bersama kau....a dakah sial seseorang itu jika memberi peringatan untuk kembali kepadaNya..." Nabi Sulaiman berkata..."Manusia sentiasa lupa... jika tiada ingatan kepadaNya..." Kata Nabi Ibrahim bila terjaga..."Aku takut jika tersasar... mengapa tidak mengikut jika itu benar menujuNya..." Nabi Syuib sentiasa meratapi menangis melihat manusia..."Ya Allah... mengapa kau menjadikan manusia yang sentiasa lupa..." Nabi-nabi telah berkata... Penat mereka menyebarkannya... Akhirnya begini yang terjadi di dunia... Adakah berbaloi pergorbanan mereka untuk aku yang lupa... Adakah aku ingat jasa murni mereka... Atau aku berpura-pura ingat akan mereka... Sedang aku sentiasa lupa…

Hanyut dibuai mimpi-mimpi indah dunia…Telah diberi jalan tersasar jua dari kebenaranNya... Aku sentiasa lupa... Itulah manusia jika aku menyedarinya....

0 ulasan:

Catat Ulasan