Khamis, 3 November 2011

Fikiran Aku Fikir...

Fikiran aku mula berfikir
mencari gelombang yang di ukir
moga dapatlah di ukur
berapa jarak akan tersungkur
moga ada rasa syukur
sebelum aku botak di cukur

Entah mengapa
fikiran aku, fikir
mencari bayang tidak perlu aku fikir
mungkin kerana aku fakir
lemah untuk menzahir
rasa yang lahir

Namun sejauh mana aku fikir
ia akan terhenti kosong, sifar
dan selamnya tiada, kosong, sifar
yang ada hanyalah terang-terang di lahir
sifat-sifat terbuka, sifat-sifat di ukir
lihatlah, lihat dia di zahir
bukan lagi bayang sifar
jika ada pasti tiada, sifar
fikiran aku fikir
hanya sifar

0 ulasan:

Catat Ulasan