Jumaat, 4 November 2011

Hitam Penuh Warna...

Sarat beban pandangan
Mengukir bayangan kiri dan kanan
Bawakan noktah pembukaan
Kata madah pujangga zaman berzaman

"Cantaskan, biarlah kelihatan
Biar kelihatan
Dia berpanjangan"

Aku bukanlah laksamana
Punya mentera, keris pusaka
Tidak juga punya
Langkah tari berbunga
Semua itu tiada
Yang ada hanya doa
Ibarat itulah senjata

Pejam mata, buka
Tetap sama kelihatan juga
Biar hitam penuh warna
Melingkari alam dengan adanya
Tetap...
Dia kelihatan juga

Biar hitam penuh warna
Dia kelihatan juga
Biar hitam penuh warna
Dia tetap akan ada

Aku pasti, yakin dan pasti
Kerana aku pasti mati
Hanya dia, aku tidak ketahui
Aku tidak punya jalan tentang ini
Jalan aku hanya mati
Itu pasti

0 ulasan:

Catat Ulasan