Isnin, 16 Mei 2011

Keris Ros Qirmizi... (cerita keris laksamana 15)

sejak bertindih mimpi-mimpi ada
laksamana seakan hilang keris pusaka
dicapainya Lembing Kalikasan, diletakkan semula
dipegangnya Tombak Tasa Jingga, diletakkan semula
dan berkatalah laksamana...

"Hilang tidak mungkin ada gantinya
Meraba-raba, butakan sahaja
Depan mata itulah dia
Keris Darah Dahaga Pulanglah jua
Ke mana sahaja, itulah dia
Akan digenggam berkurun lama
Apa sahaja menjadi dia"


senyumlah laksamana melihat akan kerisnya
diasah tajam mengunakan Limau Mantera Musta
Keris Ros Qirmizi berubah rupa
menjadilah Keris Darah Dahaga

1 ulasan:

  1. tanpa soalan bagaimana harus ada jawapan...begitu juga sebaliknya tanpa jawapan bagaimana soalan akan terjawap...
    yang penting dalam hidup semua saling memerlukan..

    BalasPadam