Asal aku terbang
Pasti akan ada penghalang
Kerana aku bukanlah burung
Asal aku berenang
Ingin bersenang lenang
Pasti ombak menjadi penghadang
Kerana aku bukanlah duyung
Aku lihat angin sepoi-sepoi datang
Ingin sekali aku menjadi dia
Namun aku bukanlah dia
Aku tatap kaca-kaca
Ingin melihat rupa
Berderailah juga
Tiada
Mungkin,
Aku bukan siapa-siapa
Tiada sayap bangga
Tiada rupa harta
Yang ada hanya hina
Namun aku tetap rasa
Dia ada
0 ulasan:
Catat Ulasan