tidak kelip mata laksamana
melihat Gagak Satu Mata didepannya
ingin sahaja dicincang lumat kepala
apakan daya kudrat tiada
berguru tidak pernah ada
setelah tiba digelanggang dibina
keris pula dipaksa bicara
apa mahunya terimalah terbuka
kata laksamana...
"Walau tiada ilmu didada
Jangan disangka sungai tiada ombaknya
Sekali keluar binasalah semua
Hilang tiada timbulnya
Jika timbul itulah dia
Sentiasa ada walau dimana"
tidak berkata Gagak Satu Mata
bingis rupa mengigil semua
sekali pijak rebah terbelah dada
tiada mentera penghapusnya
jika ada itulah dia
cerita pujangga dahulu kala
"Ingat pesan gurunya
Dimana timbul dimana tenggelamnya
Pasti sama asal kembalinya
Jika nampak jangan dikata ada
Jika tidak jangan dikata tiada
Pasti ada pada terang gelap gelita
Tujuh purnama bertapa
Semata mata ingin melihat dia
Gila laksamana
Asyik gila katanya
Pesan guru jangan dibuang merata-rata
Basi makanan tiada siapa selera"
pujangga melaung kata semangat laksamana
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan