Khamis, 19 Mei 2011

Laksamana Mendabik Dada... (cerita keris laksamana 25)

setiba tiga langkah laksamana mengena
hampir tombang Gagak Satu mata
libasan demi libasan keris pusaka
mematikan gerak gagah durjana
berkatalah Gagak Satu Mata...

"Hebat laksamana tidak diduga
Walau tidak pernah mendabik dada
Tamparan tepat sentiasa mengena
Namun jangan dilupa
Aku tetap aku sehingga bila
Tidak mungkin mati, tidak mungkin binasa"


hilang ghaib ilmunya dia
sekelip mata tidak berupa
dimana hilang dicari laksamana
kekiri kanan tidak bisa jumpa

"Lari bersembunyi ditengah gelita
Sudahkah takut melihat kencangnya
Baru beri sejemput nasi dijamahnya
Puas sudah merangkak pulang ke rumah pula
Lihatlah dulu siapa gerangan nama
Barulah berkata gelanggang dibina"


pujangga hanya memerhati tingkah laksamana
sambil kepala digeleng tidak berasa suka
mendabik dada walau belum cukup umurnya
nascaya binasa bila bertemu tiba
kata pujangga...

"Hebat laksamana tidak punya apa
Hilang keris hilanglah pandunya
Jangan berkata sedemikian rupa
Hormatlah gelanggang cara biasa
Katanya sama merasa
Atas bawah tetaplah sama
Telah dibaca mentera
Masihkah lupa tujuannya"

0 ulasan:

Catat Ulasan