Rabu, 18 Mei 2011

Mentera Laksamana Dibuka... (cerita keris laksamana 23)

laksamana memandang anaknya Nirdawama
sedih hati tidak terkata
kesudahan cerita berakhir tumpah mengena
darah penuh membanjiri rupa
akan malu Nirdawama
melihat laksamana tewas ditangan Gagak Satu Mata
digagahkan juga kaki melangkah demi anaknya
kata laksamana...

"Selagi hati dada bersatu rapat terbelah tiada
Selagi itu keringat laksamana terus menerpa
Tidak berganjak menoleh ke arah pesongnya
Inilah jalan kembali pada tiada asalnya
Merana bahagia biarlah dilihatkan sahaja"


menitis airmata Nirdawama
ingin dibantu dihalang pujangga
kata guru perlu diakurkan sahaja
jika menentang parah binasa

"Nirdawama telah tiba masa
Dengarkan bacanya
Kalimah laksamana turun temurun akhirnya
Giliran sudah tiba
Siap bertemu rapatkan hingga tiada"


Nirdawama akur akan pujangga
telinga dipasang bunyi tiada
dengar baca akan lihatnya
mentera diguna akan laksamana

"Bangkit bangun putaran dunia
Rapat jangan biar beza
Satu dua tiga tiada
Atas bawah semua sama
Langit tinggi tanah rata
Tengahnya kosong hilang tiada
Angin datang buka mata
Lihat sekeliling gelap gelita
Itulah dia, dia ada"


rebah laksamana terbelah hati dada
meraung hiba sedih Nirdawama
pertemuan tujuh kali purnama
inikah ceritanya berjumpa tiada

"Ingat akan menteranya
Ini Keris Darah Dahaga
Hebat laksamana menggunakan dia
Keris disalut bersama mentera
Mentera dibaca mengunakan kitabNya
Kitab diturunkan Allah Maha Esa
Itulah dikabarkan laksamana
Apabila bertembung di Laut Yatxatawi Perola"


Nirwana diam cuma
dipandangnya Keris Darah Dahaga
bergelora bahang panas didada
langkah laju mencari Gagak Satu Mata
dan berkata...

"Akulah laksamana, berpijak ditanah rata
Dengarkan wahai durjana
Hadir ke mari mencari penawarnya
Jika penawarnya hanyalah mati sahaja
Akan akur akan kehendaknya
Itulah guru, itu tiada
Hanya keris puasaka menjadi petunjuknya"

"Laksamana ingat bacanya
Jangan bersuara bila dibaca
Walau luar atau dalamnya
Itu pesan gurunya"

laung pujangga melihat gerak laksamana

0 ulasan:

Catat Ulasan