Rabu, 18 Mei 2011

Tiba Namun Hampa... (cerita keris laksamana 22)

sampai juga pujangga bersama Nirdawama
ke tempat tuju Pulau Taysikuu Walanda
namun tempatnya tidak indah bagai bicara
banjir penuh darah merata-rata
kata Nirdawama...

"Mengapa sedemikian rupa
Penuh darah disini sana
Bagai bertembungan berjuta laksamana
Menjadi satu padang gelanggang dibina"


senyum pujangga mendengar luah bicara
diturunkan bekalan menyiapkan pusaka
dicapainya kain emas dalam penuh isinya
Nirwana mengikut gerak pujangga

"Ingat pesannya
Jangan sekali memintas bicara
Diam akur kehendaknya
Itulah mahu terima sahaja"

setiba digelanggang penuh jiwa
layu tertikam keris laksamana
rebah satu persatu mencium tanah rata
namun tidak Gagak Satu Mata
bukan mudah ditewas walau penuh mentera
berjuta laksamana terjunam ditangannya
hampa berkecai hati dada terpisah jua

"Ayahanda" jerit Nirdawama
apabila melihat gerak tari laksamana
langkah gerak Nirdawana ingin ke sana
sempat ditahan pujangga
dan berkata...

"Telah dibicara duhulunya
Dengarkan bacanya
Jangan melangkah selagi tidak mendengar kata
Itu mahunya ikutkan sahaja"

"Itukah gurunya
Apakah gerangan dibawa pujangga
Merentas ombak samudera
Hanya bertemu akan matinya
Ini merana bukannya bahagia"


"Dengarkan bacanya
Itukan mahunya
Bertemu guru tiada"

0 ulasan:

Catat Ulasan