Selasa, 24 Mei 2011

Lima Laksamana... (cerita keris laksamana 33)

adanya dahulu terbentang gelanggang dibina
pergilah lima pemuda gagah perkasa
menjatuhkan gerangan nama
Gagak Satu Mata
namun tidak diduga
semakin melimpah balai tenteranya
seribu, dua ribu, lagi banyak dari ada
berkatalah Laksamana Tunawisama...

"Mengapa raja menurunkan sedemikian rupa
Laksamana pula perlu memeranginya
Hampalah dada terbelah jiwa raga
Hilang tidak akan kembali jua"

resah Laksamana Tunawisama
mengigil lutut tangan kaki dada
namun ditahan Laksamana Laad'a Wuju'la
dan berkata...

"Andai ada mentera
Semangat pasti dibuka
Mengapa dibina gelanggang didepan mata
Raja perintah turun menentangnya
Jika tiada durjana
Tiadalah gelaran laksamana
Selagi nama laksamana
Jangan lari pasti binasa"

sambungnya pula

Laksamana Pemula Tiada...


"Benar akan setiap dibawa
Adanya durjana adanya laksamana
Tidak terpisah sekata rata
Kukuhkan tali saudaranya kita
Tewaskan musuh sama-sama
Andai berpecah seperti kata laksamana
Binasa"

diam cuma Laksamana Tunawisama
dibacanya akan mentera laksamana
Laksamana Kuqud'us Zaq sudah siap sedia
bersuaralah dia...

"Biarlah langkah pergi menerpa
Melihatkan kencangnya keris bicara
Andai rebah tidak bersuara
Katakan pada raja
Sebenar-benar ingin tiada
Inilah gelanggang pembuka bahagia"

tidak sempat Laksamana Wa'risawala menahannya
kencang Laksamana Kuqud'us Zaq menerkam durjana
libasan demi libasan mengena tentera
rebahlah satu persatu tanpa sempat menutup mata

"Genap seratus rebah ke dunia
Katakan pada raja
Kentalnya beradu tiada apa
Tidak gerak tangan kepala
Bergerak itu pasti dia
Genapnya seratus rebah ke dunia
Satu itu pastilah dia"

rebah Laksamana Kuqud'us Zaq berdarah kepala
sempat dibaling kerisnya
keris dipanggil Keris Kurauf Awwada
kearah Laksamana Pemula Tiada

"Simpankan buat pusaka
Katakan pada anak-anak muda
Matinya aku kerana dia
Supaya hidupnya tanpa durjana
Agar bahagia hendaknya dunia
Tanpa durjana, itu doa..."

tidak sempat menyusun kata
kepalanya melayang dicantas durjana

0 ulasan:

Catat Ulasan