adanya permergian Laksamana Kuqud'us Zaq membawa hiba
meratap sedihlah empat permuda
Laksamana Wa'risawala menahan bara
digenggamnya Keris Wa'kuada Wa'kufana
dan berkatalah dia...
"Tidak akan dibiar sahaja
Walau sekali badai gelora membawa berita
Duka, merana, biarkan itu hanya cerita
Ingat kata ini wahai durjana
Matinya aku matilah semua"
melangkah laju menghampiri durjana
dilontarnya keris mencecah langit berwarna
turunlah rintik halus berhujan api bara
bagaikan dongeng dahulu kala adanya cerita
Laksamana Pemula Tiada melihat cuma
katanya...
"Sudah mula akan bacanya mentera
Siap sedia gerangannya laksamana
Maju, katakan pasti bahagia
Gerak dia, Satu, dua, tiga pasti binasa
Ingat dia, bukan hanya berkata sahaja
Diam, diam menuju akan matinya
Geraklah menghampiri tiada
Pasti, pastikan bahagia"
Keris Merantai Buta memercikkan cahaya
cahaya indah seharum bunga
tiba kini giliran Laksamana Tunawisama
dibacanya akan mentera
"Bacakan jadilah laksamana
Bangkit bangun putaran dunia
Rapat jangan biar beza
Satu dua tiga tiada
Atas bawah semua sama
Langit tinggi tanah rata
Tengahnya kosong hilang tiada
Angin datang buka mata
Lihat sekeliling gelap gelita
Itulah dia, dia ada
Jangan dibaca keluar suara
Walau diluar mahupun dalamnya"
langit mendung tanpa diduga
kilat menyambung memanggil hujan tiba
rintik merah mengena Keris Darah Dahaga
berbunyi kencang bersuaralah kerisnya
mematikan gerak adanya durjana
"Laungan kata semangat tiba
Andai terbelah dada hilang jiwa
Tidak pernah akan kesal dirasa
Hadir ke sini sememangnya
Menempah akan kuburnya
Rasa telah lama tersedia
Cuma gerak berkata tiada
Tiadalah aku menatap hiba
Andai mati penamat cerita"
kata Laksamana Laad'a Wuju'la
mengangkat Keris Huwa Huma
mulut terkumat-kamit membaca mentera
lantas mencium keluarlah cahaya
pembakar semangat didalam dada
"Katakan andai ini jalan bahagia
Tidak akan mundur merangkak larinya
Inilah jalan pasti bahagia
Mencari tempat tidur untuk selama"
Jerit setiap laksamana bersama...
0 ulasan:
Catat Ulasan