tempat dituju sampai akhirnya
berjumpalah pujangga dengan sahabat lama
Laksamana Pemula Tiada itu gerangan nama
memegang Keris Pusaka
dipanggilnya Keris Huwa Huma
katanya Laksamana Pemula Tiada...
"Bulan purnama hilang rupa
Timbul pula gerangan laksamana
Sudah siapkah mentera
Atau masih mencari dimana
Katakan sahaja tiada
Sudah mudah pejam mata
Tidak usah bertarung keris bicara"
diam sebentar Laksamana Pemula Tiada
disambungnya bicara...
"Laksamana Laad'a Wuju'la
Siapakah yang dibawa
Adakah gerangan ayahandanya
Laksamana Tunawisama"
terukir senyuman diwajah pujangga
namun tidak gerangan Laksamana Nirdawama
dilihatnya Laksamana Pemula Tiada tanpa mata
kaku kakinya melangkah mengolah bahasa
katanya Laksamana Nirdawama...
"Bagaimana tahu apa gerangan nama
Sedang tidak terdengar bisikkan tapak mengena
Lagilah melihat dimalam gelap gelita
Tanpa bersapa sudah tahu rupa
Tak perlulah berkata-kata
Sudah tahu akan rancaknya
Pertarungan keris bicara"
"Laksamana Nirdawama
Jangan mengolah bahasa terlalu muda
Nanti tiba masa kala tua
Berkata pula inikah gerangannya nama
Mati jua akhirnya"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan