Isnin, 26 Oktober 2009

Pelabuhan KekasihNya...

Belayar mencari penawar...
Bisakah jumpa...
Bisakah ketemuNya...
Pada cahaya-cahaya...
Malam kelam...

Ah...
Redah sahaja...
Usah hampa...
Jika tak jumpa...

Ah...
Biar sahaja...
Itu cerita Dia...
Ikut sahaja...
Jika hendak jumpa...

Merenung kembali...
Pada kalimah sepi...
KataNya...
"Usahlah kau hampa...
Aku sentiasa disisi..."

Aku bertanya...
"Dimana...
Pelabuhan kekasihMu..."

Terdiam sejenak...
Melihatkan ombak menghampiri...
Memukul-mukul para-para pelayar...
Satu persatu tombang...
Tempang dipertengahan...

Lantas kataNya...
"Itulah tempat perlabuhan kekasihKu...
Kerana mereka tidak kisah diperlakukan...
Walau binasa terseksa kerana Aku..."

6 ulasan:

  1. Didalam bisa ada madunya,
    Didalam sakit ada penawarnya,
    Didalam duka ada gembiranya,
    Didalam tangisan ada ketenangannya.
    Begitulah hati disisi yg ketahui,
    Begitulah jiwa jika dah ketemu cinta,
    Begitulah insan yg telah alpa,
    Segala hiasan didunia yg sementara.

    BalasPadam
  2. kembali sepi...

    benar...
    jika engkau mengetahui...
    mengapa tidak mengajar aku ini...
    yang sentiasa mencari...
    dalam lautan sepi...

    BalasPadam
  3. Pencarian ada harganya,
    Yg mahal bkn utk didagangkan,
    Hasilnya kelak tidak akan kekal,
    Melainkan jumpa dgn usaha dan iman.

    BalasPadam
  4. kembali sepi...

    benar...
    berusahalah mencarinya...
    jika tiada siapa sudi...
    menunjukkan arah...

    bagaimana untuk usaha...
    jika Dia tidak mengerakkan...

    BalasPadam
  5. Barang siapa mencariNya
    pada bentuk yang boleh dilukis tinta
    pada kata yang boleh diungkap ucap
    pada rasa yang dapat disentuh raba
    pada bunyi yang dapat dirakam pita
    pada perisa yang dapat dikecap lidah
    pada wangi yang dapat dihidu baunya
    bersedialah untuk menapis kepalsuan
    relalah untuk kecewa menanggung hampa berterusan
    namun kecewa bukan petunjuk jalan pulang
    namun hampa bukan petanda mendorong ketewasan

    Pencarian ini adalah kerja berterusan
    tanpa henti tanpa hujung
    tanpa soalan pencapaian
    kerana hasilnya segalanya
    adalah rahasia tanpa ukuran
    tanpa had sempadan
    tersimpan dalam bulat padunya keyakinan
    tersirat dalam mampat padatnya kepastian.

    BalasPadam
  6. che leh jangok...

    benar sungguh katamu...
    tidak terungkap kata...
    hanya kepalsuan...
    bercerita mengenaiNya...
    tembuslah kepalsuan...
    tersirat maksud...
    dibalik kepastian...

    BalasPadam