Rabu, 9 September 2009

Berakhirlah Sebuah Pelayaran...

Terlena dibuai ombak...
Belayarlah kapal dengan sendiri...
Sehingga lupa arah distinasi...
Ke kanan ke kiri...
Tetap lena dibuai mimpi...

Akhirnya kapal terhenti...
Terpacak batu berdiri ditengah...
menggegarkan permukaan...
meruntuhkan tiang...
Merobek sayap...
Tetap lena dibuai mimpi...

Asyiknya dibuai...
Tidak sedar bahaya menimpa...
Walau tidak terpejam mata...
Lantas dia berkata...
Berakhirlah sebuah pelayaran...
Jika engkau tidak membawanya...

20 ulasan:

  1. Syahrul...

    tidak aku tahu makna mu...
    apa yang ingin dikabarkan...
    apa yang banyak, bro...????

    BalasPadam
  2. salam Dhamah,

    Perjalanan tanpa kemudi,
    sesat dan sia-sia

    BalasPadam
  3. benar Abuyon...

    tanpa Dia membantu...
    semua sesat...
    tiada yang tinggal...
    hanya Dia petunjuk jalan...
    supaya ada yang menerima...
    bahawasanya...

    Dialah Allah...
    tiada tuhan selain Allah...
    Muhammad aku terbayangmu...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum..
    dhamah..teruskan usaha anda menyangkal dakwah palsu di blog rasul melayu itu..saya menyokong tindakan anda..

    BalasPadam
  5. aku suka ombak
    seperti aku sukakan kehidupan
    aku suka kapal
    aku suka pelayaran
    aku suka mimpi
    seperti aku suka kebahagiaan
    aku suka sajak ini
    ia menghadiahkan aku sebuah kenyataan.

    BalasPadam
  6. salam..

    terima kasih singgah anaklaut...
    ulasan anda sangat anaklaut hargai..:)

    BalasPadam
  7. ops maaf bro (kak?)
    maksud gua byk sgt tanda

    ...

    itu mempengaruhi pembacaanku.

    BalasPadam
  8. Tiada rahsia tiadalah penemuan
    ketemu dalam benderang terang
    bukanlah ia satu penemuan
    kerana ia bukan rahsia tersirat
    demikian rupanya cabaran pengembaraan
    sedangkan kompas salah arah jarum
    kerana ada tenaga mencelah arusnya
    kapan akan berkilau takhta hati
    dalam pejam dilorong tunggal
    sedangkan laluan tetap berliku.

    BalasPadam
  9. wikwiki...

    seperti telah aku katakan disana...
    aku tidak menentang dia...
    dan tidak pula memenagkan dia...
    cukuplah dia diam dari dakwaan sebegitu...

    BalasPadam
  10. setiakasih...

    jika kau suka ini...
    ambillah...
    aku hadiahkan untuk kau...
    supaya engkau sentiasa mendapat...
    realiti itu...

    BalasPadam
  11. anak laut...

    berterima kasihlah pada Allah...
    kerana Dia yang menemukan...

    BalasPadam
  12. Syahrul Helmi Mohd...

    setiap manusia mempunyai identiti...
    jadi...
    ... adalah bermaksud...
    aku tidak tahu apa kesudahannya...

    BalasPadam
  13. Che Leh Jangok...

    tiada rahsia didalam ini...
    telah terang kalimah diberi...
    bagaimana ingin mengetahui...
    hanya Dia maha memahami...
    sujudlah diri...
    baru akan mengetahui...
    Dialah sumber inpirasi...
    kepada pelayar yang ingin melepasi...
    titik titik ketenangan abadi...

    BalasPadam
  14. Ahh kita ini..
    bila belayar di laut itu..
    memang ralit beradu
    menari bersama bayu
    berdesir merayu-rayu

    Lupa seketika
    laut itu punya gelora
    punya terumbu batu..

    Belayar lagi
    mencari pelangi..

    BalasPadam
  15. benar Apokalipas...

    lupa bahaya sentiasa menanti...
    tetapi bila sedar...
    rupanya dia ada didepan mata...

    BalasPadam
  16. kesenangan dn kegembiraan bukn slamanya..

    kdg2 mgkin ada sesuatu y tk diduga akn berlaku

    BalasPadam
  17. benar PengemisRedha(N.A.Y)...

    tiada siapa tahu apa akan menimpa...
    hanya Allah mengetahuinya...
    berdoalah kepada Dia...
    mudah-mudahan selamat dari bahaya...

    BalasPadam
  18. OMBAK & TERUMBU BATU.

    Ombak & kelekaan
    arus & rintangan

    sesekali bila kita bermimpi
    seharusnya ada tangan sakti
    membelai atau menyedarkan

    sesekali bilamana kita terleka
    sebaiknya ada pasangan setia
    mengejut kita dari bungkam nestapa

    Mana mungkin diri tegak dengan sendiri
    mana mungkin hati tiada pasangan abadi
    ujudnya kita pun lantaran cantuman murni
    Adam & Hawa nan dinyahkan dari syurga.

    - Kita yang sengaja biar membiarkan
    hingga ada diri yang termangu sendiri.

    iDANRADZi
    Jenaris Kajang

    BalasPadam
  19. benar iDAN...

    diri sendiri dibiarkan...
    tapi orang lain dimanjakan...

    BalasPadam