Selasa, 8 September 2009

Aku Dalam Kesesatan…

Cairkanlah cinta…
Agar mudah mengalir dalam jiwa…
Menyerap bagai darah…
Menghidupkan kembali jasad yang parah…
Ditusuk sembilu dosa-dosa…
Yang kian menghilang arah…

Kau Allah…
Mampu membelah langit…
Kau juga mampu…
Mengubah diri penuh dosa…
Kembali sujud kepadaMu…

Ubahlah aku…
Yang kehausan cintaMu…
Agar pulih ingatan…
Kembali kepangkuan…
Setelah sekian lama…
Terperangkap dalam kegelapan…

Kau Allah…
Aku sentiasa menunggu…
Cinta dariMu…
Setelah sekian lama…
Aku dalam kesesatan…
Agar kembali kepangkuan…

Aku dalam kesesatan…
Tanpa cinta dariMu…
Aku dalam kesesatan…
Menunggu jawapan dariMu…

Aku sesat dalam perjalanan…
Ingin melihatMu…

8 ulasan:

  1. Sudah tiba rupanya ia kepangkuan mu
    Sudah sampai rupanya ia kelaman rasa mu
    Sudah berlabuh rupanya ia dikamar hati mu
    Sudah erat rupanya ia memeluk harum kasih mu
    Engkaulah barangkali yang kelihatan disimpang sana.
    Berkilau memancarkan gemilang sinar menggamit ketenangan
    Namun aku masih gagal mencapainya dihujung jemari celaru ku

    BalasPadam
  2. che leh jangok...

    tiada yang gagal...
    jika ada asas ilmuNya...

    seperti belayar...
    walaupun tidak tahu mendayung...
    tapi tetap sampai arah...
    jika arusnya tepat menuju...
    ke distinasi...

    kerana itu...
    mana arah distinasi...
    yang sebenarnya ingin dituju...
    syurga, neraka atau Dia...
    sebagainya yang bermain difikiran...

    jika engkau kata gagal...
    bermakna engkau mencapai...
    satu titik keagungan...
    yang menandakan kau hamba...
    hamba yang merendah diri...
    untuk kembali kepadaNya...
    lantas menjadikan aku...
    makin lama menunggu Dia...
    kerana engkau lebih...
    merendahkan diri dari aku...

    BalasPadam
  3. salam Syifflah:

    kau katakan
    kau cintakan Allah
    kau khabarkan
    kau ingin melihat Allah

    jangan kau resah
    kerana ianya tidak susah
    dan jua tidak mudah

    firman Allah:
    "kul ink kuntum tuhibbunallah..
    fattabi'uni, yuhbibkumullah.."


    p/s: sape ek nama sebenar?? Dhammah Syifflah juga ke.. ana letak di blog ana nama awak sbg 'albiy'.. syukran

    BalasPadam
  4. Sesat kita dalam terang,
    kerana terang jadi
    sandaran

    Kembali kita ke pangkal
    jalan, dengan Tuhan

    Diberi kita, dua kompas
    Hadis dan Al-Quran

    BalasPadam
  5. Lisza...

    maaf aku tidak mengerti..
    makna firman Allah itu...
    boleh engkau kabarkan...
    kepadaku apa maknanya...
    biar makin terukir senyuman...

    apa pun nama aku...
    itu tetap aku...
    jadi terpulanglah kepadamu...
    meletakkan namaku...

    BalasPadam
  6. benar Abuyon...

    telah diberi jalan...
    telah diberi arah...
    lalulah jika itu kebenaran...
    berlayarlah mencari satu tujuan...
    agar ketemu apa yang diidamkan...

    BalasPadam
  7. Salam..

    Aku mencari-cari harga diri
    yang semakin jauh menyepi
    naluri rasa.. memujuk memuji
    merangsang sangsi
    Naluri jiwa..terapung tidak terisi
    mencari yang pasti
    mencari yang hakiki

    Apakah akan ketemu cahaya disini..

    BalasPadam
  8. manis...

    apa yang kau cari...
    tiada disini...
    tapi ada disana...
    dipintu hatimu...
    bukalah ia...

    cahaya itu...
    muncul mengharumkan percintaan...
    antara kau Dia...
    tak akan terpisah...
    jika engkau yakin WujudNya Dia...

    tetapi jangan lupa...
    pada Muhammad...
    kerana dia paling sempurna...

    BalasPadam